Assalamualaikum...
setelah di amati perjalanan akaun PEKEHAR terdapat kesulitan bagi ahli membayar yuran setiap bulan. Akhirnya tertangguh dengan begitu banyak. tujuan asal adalah untuk memberi keringanan kepada ahli untuk membayar dalam jumlah yang sedikit tetapi akhirnya jumlah bayaran yuran yang belum dibayar menjadi besar. Bendahari faham akan kesibukan ahli dalam menjalani kehidupan seharian. Akan tetapi akan berlaku ketidakadilan apabila ada ahli yang bayar yuran dan ada ahli yang tidak membayar yuran.
sebagai jalan penyelesaiannya, ahli tidak perlu lagi membayar yuran mulai bulan Januari 2012. Oleh itu bayaran yuran terakhir adalah pada bulan Disember 2011.
Selepas itu bendahari akan memastikan akaun PEKEHAR akan bertambah dari masa ke semasa. Maka selepas ini tidak timbul lagi siapa yang tidak membayar yuran atau tidak.
kalau ada apa apa cadangan aktiviti daripada ahli sila kemukakan cadangan supaya bendahari dapat mengeluarkan bajet yang sesuai. semua duit yang terkumpul akan memberi manfaat kepada ahli semua. Bendahari pun banyak kerja lain yang hendak dibuat. Maka kepada sesiapa merasakan layak mendapat apa apa bayaran sila sms kepada bendahari untuk diteliti. kalau segan nak sms boleh suruh orang lain cakapkan.
diharap ahli dapat membayar yuran sehingga bulan Disember 2011 sekali gus.
Jumaat, 5 Ogos 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan