Jumaat, 23 Julai 2010

PERINGATAN PENTING KEPADA SEMUA AHLI

Peringatan ini ditujukan kepada semua ahli.
Setiap bayaran yang dibuat hendaklah maklumkan seberapa segera kepada bendahari
Ini bertujuan supaya bayaran yang dibuat dapat dikemaskinikan secepat mungkin.
Selepas duit di bank in kan... sms butiran bayaran- nama bank, jumlah bayaran , tarikh dan masa bayaran ke 0193343698.
Diharap semua ahli dapat mengambil perhatian. kalau boleh setiap bayaran sebelum 15hb setiap bulan. Alhamdulillah dana kita semakin bertambah. semoga dana ini dapat memberi manfaatnya nanti.... kalau bukan kita yang merasakannya... biarlah anak-anak kita yang merasakannnya nanti... kalau kita tidak dapat tinggalkan mereka dengan harta benda sekurang-kurangnya kita ada persatuan keluarga untuk membantu mereka di suatu hari nanti. jangan ada sifat dengki mendengki. kerana sifat itu boleh merosakkan hubungan silaturrahim antara kita. tujuan persatuan ini di tubuhkan adalah untuk mengeratkan hubungan kita adik beradik. sehubungan dengan itu kerjasama daripada anda semua amatlah dihargai. kalau kita ikhlas menyumbang setiap bulan... insya Allah sumbangan itu akan membantu kita pada suatu hari nanti.. mungkin hari ini bukan hari kita.... mana tau esok hari kita.... apa pun marilah kita berdoa agar kita dijauhkan daripada musibah dan malapetaka... jangan sekali kali untuk mendapatkan manfaat daripada sumbangan kita, kita mengharapkan musibah datang kepada kita... kita doakan agar kita sentiasa selamat dan sejahtera. biarlah dana kita itu akan berkembang sebanyak-banyaknya. Ini semua demi masa depan anak-anak kita yang kita kasihi. Diharapkan juga generasi kedua yang akan mengantikan kita nanti akan lebih berwibawa dan dapat membawa persatuan kita ini ke arah sebuah empayar yang besar... Kita doakan sama-sama. Amiin

0 ulasan:

Catat Ulasan